PERATURAN TEMPAHAN DEWAN PEPERIKSAAN F2 :
1. Pemohon hendaklah membuat semakan kekosongan ruang sebelum membuat tempahan.
Semakan ruang untuk Dewan Peperiksaan F2 tahun 2023 (sila klik pautan di bawah) :
a) Dewan Peperiksaan F2 Aras Atas
b) Dewan Peperiksaan F2 Aras Bawah
2. Permohonan penggunaan dewan pada hari JUMAAT, SABTU dan AHAD adalah tidak dibenarkan.
3. Pemohon boleh membuat tempahan seawal 30 hari sebelum tarikh penggunaan dewan dengan melengkapkan borang tempahan dan diserahkan di kaunter PPA atau emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk tujuan kelulusan.
a) Borang Tempahan Dewan Peperiksaan F2 (Dicetak menggunakan kertas A4 berwarna kuning.)
4. Pemohon perlu memaklumkan kepada PPA bagi sebarang pembatalan tempahan sebelum tarikh penggunaan dewan.
5. Pemohon diminta untuk mengambil dan memulangkan KAD AKSES ACS pada hari bekerja di kaunter PPA.
a) PENGAMBILAN kad perlu dibuat sehari sebelum penggunaan.
b) PEMULANGAN perlu dibuat selepas penggunaan Dewan atau hari seterusnya.
6. Pemohon perlu memastikan semua suis lampu dan penghawa dingin ditutup setelah selesai penggunaan dewan.