Panduan Permohonan Sijil Akademik (Gantian)
Dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Laporan kehilangan Sijil Akademik di mana-mana balai polis yang berhampiran.
- Surat Akuan Bersumpah dari mana-mana Pejabat Pesuruhjaya Sumpah.
- Surat rasmi menyatakan permohonan penggantian Sijil Akademik dan sebab-sebab kehilangan serta menyatakan alamat yang lengkap untuk dokumen tersebut dihantar melalui pos.
- Borang Permohonan Sijil Akademik (Gantian). [SILA KLIK DI SINI]
- Resit pembayaran.
Kadar bayaran adalah seperti berikut:
1. Kadar bayaran kehilangan Sijil Akademik adalah RM 200.00.
2. Kadar bayaran pos adalah sebanyak RM 12.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 18.00 untuk Sabah & Sarawak.
Kaedah pembayaran adalah melalui laman sesawang https://epayment.uthm.edu.my/ . Sila hubungi pihak Pejabat Bendahari UTHM di talian 07-4537054 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan proses pembayaran.
Sila hantar dokumen asal pada perkara 1,2,3,4 dan 5 (resit bayaran sebagai bukti bayaran telah dilakukan) kepada alamat seperti di bawah:
Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
u.p.: En. Norazmi bin Ibrahim
Pihak PPA hanya akan memproses permohonan setelah menerima 5 dokumen asal seperti dinyatakan di atas dan pengesahan pembayaran daripada Pejabat Bendahari UTHM. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi En. Norazmi di talian 07-4537694 atau e-mel
Terima kasih.