Skip to main content

Transkrip Dan Sijil Akademik

PERMOHONAN SIJIL AKADEMIK (GANTIAN)

Panduan Permohonan Sijil Akademik (Gantian)

Dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Laporan kehilangan Sijil Akademik di mana-mana balai polis yang berhampiran.
  2. Surat Akuan Bersumpah dari mana-mana Pejabat Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Surat rasmi menyatakan permohonan penggantian Sijil Akademik dan sebab-sebab kehilangan serta menyatakan alamat yang lengkap untuk dokumen tersebut dihantar melalui pos.
  4. Borang Permohonan Sijil Akademik (Gantian). [SILA KLIK DI SINI]
  5. Resit pembayaran.

Kadar bayaran adalah seperti berikut:

    1. Kadar bayaran kehilangan Sijil Akademik adalah RM 200.00.
    2. Kadar bayaran pos adalah sebanyak RM 12.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 18.00 untuk Sabah & Sarawak.

Kaedah pembayaran adalah melalui laman sesawang https://epayment.uthm.edu.my/ . Sila hubungi pihak Pejabat Bendahari UTHM di talian 07-4537054 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan proses pembayaran.

Sila hantar dokumen asal pada perkara 1,2,3,4 dan 5 (resit bayaran sebagai bukti bayaran telah dilakukan) kepada alamat seperti di bawah:

     Pejabat Pengurusan Akademik
     Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
     86400 Parit Raja
     Batu Pahat, Johor
     u.p.: En. Norazmi bin Ibrahim

Pihak PPA hanya akan memproses permohonan setelah menerima 5 dokumen asal seperti dinyatakan di atas dan pengesahan pembayaran daripada Pejabat Bendahari UTHM.  Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi En. Norazmi di talian 07-4537694 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Terima kasih.

PERMOHONAN TRANSKRIP AKADEMIK (GANTIAN)

Panduan Permohonan Transkrip Akademik (Gantian)

Dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Laporan polis mengenai kerosakan atau kehilangan Transkrip Akademik di mana-mana balai polis yang berhampiran sekiranya ianya melibatkan kejadian bencana alam sahaja.
  2. Surat Akuan Bersumpah dari mana-mana Pejabat Pesuruhjaya Sumpah sekiranya ianya melibatkan kejadian bencana alam sahaja.
  3. Surat rasmi menyatakan permohonan penggantian Transkrip Akademik dan sebab-sebab kehilangan serta menyatakan alamat yang lengkap sekiranya dokumen tersebut dihantar melalui pos.
  4. Borang Permohonan Transkrip Akademik (Gantian). [SILA KLIK DI SINI]
  5. Resit pembayaran.

Kadar bayaran adalah seperti berikut:

    1. Kadar bayaran kehilangan Transkrip Akademik adalah RM 50.00. Bagi kes yang melibatkan bencana alam, hanya bayaran pos sahaja  
        yang perlu dibayar oleh pemohon.
    2. Kadar bayaran pos adalah sebanyak RM 12.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 18.00 untuk Sabah & Sarawak.

Kaedah pembayaran adalah melalui laman sesawang https://epayment.uthm.edu.my/ . Sila hubungi pihak Pejabat Bendahari UTHM di talian 07-4537054 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan proses pembayaran.

Sila hantar dokumen asal pada perkara 1,2 (sekiranya berkaitan sahaja) ,3,4 dan 5 (resit bayaran sebagai bukti bayaran telah dilakukan) kepada alamat seperti di bawah:

     Pejabat Pengurusan Akademik
     Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
     86400 Parit Raja
     Batu Pahat, Johor
     u.p.: En. Imran bin Bon @ Kasbon

Pihak PPA hanya akan memproses permohonan setelah menerima 5 dokumen asal seperti dinyatakan di atas dan pengesahan pembayaran daripada Pejabat Bendahari UTHM.  Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi En. Imran di talian 07-45376955 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Terima kasih.