PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN
Apakah program yang ditawarkan di UTHM?
- UTHM menawarkan bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, sains komputer, pengurusan teknologi, sains dan juga program pendidikan teknikal.
Bagaimana saya hendak memohon program UTHM?
- Permohonan ke UTHM diselaraskan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, oleh itu calon perlu memohon melalui UPU Online yang dibuka untuk permohonan kebiasaannya pada Februari hingga April setiap tahun.
Saya sedang mengambil MUET, adakah permohonan saya akan diproses?
- TIDAK. Pemohon perlu memperolehi sekurang-kurangnya MUET Band 2 untuk kemasukan ke semua program sarjana muda di UTHM.
Saya belajar di semester 5 sekarang. Bolehkah saya mohon kemasukan ke UTHM?
- TIDAK kerana untuk membuat permohonan kemasukan calon tidak boleh berstatus aktif dimana-mana IPTA selain perlu memuatnaik transkrip dari semester 1 hingga semester 6.
Adakah pelajar lepasan DVM boleh memohon program di UTHM?
- Pada masa sekarang hanya program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) sahaja menerima lepasan DVM.
Saya sudah bekerja, boleh tak saya sambung ‘degree’ secara ‘part time’ di UTHM?
- TIDAK. Program sarjana muda hanya dijalankan secara sepenuh masa.
Saya mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, tetapi masih gagal mendapat sebarang tawaran.
- Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit pemohon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika pemohon hanya memohon di Universiti Awam yang popular, pemohon akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA berkenaan. Antara beberapa sebab mengapa pemohon tidak ditawarkan ke mana-mana UA adalah kerana:
-
-
- Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT
- Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian
- Permohonan tidak lengkap
- Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan
- Memohon program luar bidang aliran
-