Skip to main content

DEWAN PEPERIKSAAN F2

 

PERATURAN TEMPAHAN DEWAN PEPERIKSAAN F2

1.    Pemohon hendaklah membuat semakan tarikh penggunaan Dewan Peperiksaan berpandukan jadual di dalam laman sesawang PPA sebelum membuat sebarang tempahan.

       Semakan ruang untuk Dewan Peperiksaan F2 tahun 2024 (sila klik pautan di bawah) :      

      a) Dewan Peperiksaan F2 Aras Atas

   
   b) Dewan Peperiksaan F2 Aras Bawah

2. Permohonan penggunaan dewan pada hari JUMAAT dan SABTU adalah tidak dibenarkan.

3.  Pemohon boleh membuat tempahan seawal 30 hari sebelum tarikh penggunaan dewan dengan melengkapkan  borang tempahan dan diserahkan di kaunter PPA atau emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk tujuan kelulusan.

      a)  Borang Tempahan Dewan Peperiksaan F2 (Dicetak menggunakan kertas A4 berwarna kuning.)

4. Pemohon perlu memaklumkan kepada PPA bagi sebarang pembatalan tempahan sebelum tarikh penggunaan dewan.

5. Pemohon diminta untuk mengambil dan memulangkan KAD AKSES ACS pada hari bekerja di kaunter PPA.

     a)  PENGAMBILAN  Kad ACS mesti dibuat sehari sebelum tarikh penggunaan Dewan Peperiksaan.

     b)  PEMULANGAN  Kad ACS mesti dibuat sehari selepas tarikh penggunaan Dewan Peperiksaan (hari bekerja).

6. Pemohon perlu memastikan semua suis lampu dan penghawa dingin ditutup setelah selesai penggunaan dewan.