BERHENTI PENGAJIAN
WITHDRAWAL/QUIT FROM STUDIES
1 Berhenti dengan izin
Withdrawal with permission
(a) Pelajar boleh memohon untuk berhenti pengajian pada bila-bila masa; DAN,
Student may apply to withdraw from his/her studies at any time; AND,
(b) Pelajar TIDAK DIBENARKAN meninggalkan pengajiannya sehingga permohonan diluluskan oleh Universiti.
Student is NOT ALLOWED to quit his/her studies until the application is approved by the University.
2 Diberhentikan daripada pengajian
(a) Universiti boleh memberikan keputusan Kedudukan Gagal (Diberhentikan) sekiranya pelajar memperoleh GPA kurang daripada 1.00 dan CGPA antara 1.70 dan kurang daripada 2.00 (1.70 ≤ CGPA < 2.00);
The University may award a Failed (Terminated) result if student obtains a GPA of less than 1.00 and a CGPA between 1.70 and less than 2.00 (1.70 ≤ CGPA <2.00);
(b) Pelajar yang mendapat Kedudukan Bersyarat (KS) sebanyak tiga (3) kali berturut-turut akan diberi Kedudukan Gagal (KG) dan diberhentikan ATAU
Student who obtains a Conditional Position (KS) three (3) times in a row will be given a Failed Position (KG) and terminated OR
(c) Pelajar yang berhutang dengan Universiti juga boleh diberhentikan daripada pengajian.
Student who is financially in debt to the University may also be terminated from studies.
3 Untuk Peraturan 19 (1) dan (2), pelajar bertanggungjawab atas kesan dan implikasi daripada tindakan ini. Sebarang bayaran berhubung dengan pengajiannya di Universiti ini tidak akan dikembalikan. Walau bagaimanapun, pihak Universiti berhak menuntut segala hutang yang masih belum dijelaskan oleh pelajar.
For Regulation 19 (1) and (2), student is responsible for the effect and implication of this action. Any payment made in relation to his/her studies at this university will not be refunded. However, the university reserves the right to demand payment for any outstanding financial debt from the student.