Skip to main content

images/Gambar Website/51461256762_PTPTN 2_0JJJJJJJ.jpg

NOTIS PENGECUALIAN PTPTN

PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN PTPTN
PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK

KAEDAH PENGESAHAN SALINAN SIJIL AKADEMIK DAN TRANSKRIP AKADEMIK BAGI TUJUAN PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Perhatian kepada semua graduan yang ingin membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pihak Pejabat Pengurusan Akademik (PPA) hanya akan membuat pengesahan kepada dokumen secara hardcopy sahaja seperti senarai di bawah:

 Bil.  Jenis Dokumen  Kuantiti Yang Akan disahkan
 1  Sijil Akademik (Skrol)  1 salinan sahaja
 2  Transkrip Akademik  1 salinan sahaja
 3  

Surat Pengesahan Penganugerahan
*Sila klik disini

 1 salinan sahaja

Bagi tujuan pengeposan semula dokumen yang telah disahkan, graduan dikehendaki menyertakan bersama :

  1. Sampul Poslaju (bersaiz A4 yang lengkap beralamat sendiri) yang lengkap beralamat sendiri.

Dokumen berserta sampul Poslaju hendaklah diposkan ke alamat berikut :

Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
U.p. : Unit Peperiksaan, Pengijazahan dan Rekod Pelajar

Untuk makluman, tarikh tamat pengajian bagi graduan UTHM adalah merujuk kepada tarikh Senat yang tercatat pada Sijil Akademik, Transkrip Akademik atau Surat Pengesahan Penganugerahan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Unit Peperiksaan, Pengijazahan dan Rekod Pelajar melalui Whatsapp Chat 07-453 7691 pada waktu pejabat.

Pejabat Pengurusan Akademik
25 Februari 2025

Untuk Rekod Pengesahan Pengecualian PTPTN sila rujuk pautan dibawah.


images/Gambar Website/51461256762_PTPTN 2_0.jpg