SEPINTAS LALU

Pejabat Pengurusan Akademik (PPA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diluluskan penubuhannya pada 1 Januari 2003 oleh Jawatankuasa Eksekutif, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang bersidang pada 29 November 2002. 

Pejabat ini diketuai oleh Pengarah dan dibantu oleh 5 ketua unit yang bertanggungjawab dalam menguruskan  5 aktiviti utama iaitu :

  • Aktiviti pemasaran program pra-siswazah
  • Aktiviti kemasukan dan pengambilan pelajar
  • Aktiviti peperiksaan dan pengijazahan pelajar
  • Aktiviti penjadualan kuliah pelajar
  • Aktiviti penganugerahan

Pejabat Pengurusan Akademik terletak di Blok F2 (Aras Bawah) bersebelahan dengan Dewan Peperiksaan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Keputusan Peperiksaan diumumkan selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja selepas diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian

  • Mengeluarkan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir tiga (3) minggu sebelum peperiksaan akhir

  • Mengeluarkan surat pengesahan pelajar selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan

  • Memaparkan jadual waktu akademik semester baru tiga (3) hari sebelum pendaftaran kursus

  • Memastikan jemputan konvokesyen kepada graduan dikeluarkan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh konvokesyen

 

OBJEKTIF KUALITI

  • Memastikan keputusan peperiksaan akhir diumumkan kepada pelajar melalui SMAP dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Peperiksaan diadakan
  • Memastikan jumlah graduan yang tidak menuntut sijil dan transkrip akademik kurang daripada 10%
  • Memastikan Mesyuarat Senat diadakan sekurang-kurangnya 10 kali dalam tahun akademik
  • Mencapai sasaran penyertaan 80% jemputan program promosi
  • Menyediakan jadual waktu kuliah selewat-lewatnya dua minggu sebelum kuliah bermula
  • Melaksanakan pengambilan pelajar di mana sekurang-kurangnya 80% pelajar baharu mendaftar masuk ke UTHM daripada jumlah unjuran yang disediakan

Hubungi Kami:

Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor

Tel: +607-4537696
Faks: +607-4536085
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

0.png1.png4.png3.png1.png4.png5.png
Today47
Yesterday398
Total143145

Who Is Online

1
Online
2020-09-29

Hakcipta Terpelihara PPA UTHM 2018